As long as this question is not answered, Syed Saddiq's statement is an oxymoron ... - Hamidah Osman, former vice president of Mahathir's Pribumi party, in response to Syed Saddiq's claim he was offered/blackmailed RM5 million to leave Pribumi.
Puchong, 4 Oct: Hamidah is right on at least thing about Syed Saddiq, the 25 year old youth leader of Parti Pribumi Bersatu Malaysia. If this Habibur Rahman allegedly representing PM Najib Razak was "blackmailing" him and his family since December last year and at the same time offering him RM5 milliom to leave Mahathir Mohamad's party (not inclusive of an undisclosed sum of funds to set up a foundation for great debaters like him), why didn't Saddiq go to the police and MACC earlier?
And why hasn't he done it already?
Why wait if the safety of your family was really being threatened, as he claimed?
Isn't that moronic?
Anyway, it's good that Hamidah has lodged a report with MACC over Saddiq's allegation
h e r e.
Her full statement in response to Saddiq:
KENYATAAN DATO HAMIDAH OSMAN:
MENYEMBUNYI PENIPUAN DISEBALIK PROSEDUR
Saya merujuk kepada sidang akhbar Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada hari Isnin 2 2hb Oktober 2017.
1. Kenyataan beliau yang asal nya dijangka untuk mengumumkan beliau akan menerima tawaran belajar dan biasiswa dari Oxford University, UK akhirnya menjadi medan untuk beliau membuat serangan serangan dan tuduhan liar .
ada yg mempertikai kan surat tawaran dari Oxford yang Syed Saddiq siarkan di Facebook peribadinya menunjukkan tarikh-tarikh yang mempunyai kronoloji yang agak anih dan pelik susunannya.
2. Saya difahamkan daripada laporan akhbar The Star bahawa Syed Saddiq akan membuat laporan kepada SPRM jika perlu berhubung dakwaan dia telah disogok RM5 juta untuk menyambung pelajaran di luar negara . Selepas kenyataan akhbar tersebut sebenar nya pelbagai pihak telah menggesa Syed Saddiq untuk membuat laporan berhubungan sogokan tersebut kepada SPRM dan saya amat mengalu-alukan beliau membuat laporan.
Malah saya sendiri telah membuat laporan kepada pihak SPRM Cawangan Ipoh berkenaan majlis sidang akhbar nya. Jika beliau tidak melakukan laporan tersebut, maka Syed Saddiq dianggap telah melanggar undang2 SPRM dan hukumannya adalah agak berat.
Dalam kenyataan kepada akhbar The Star, Syed Saddiq berkata dia dan ahli keluarganya telah diperas ugut (dalam bahasa Inggeris, backmail), maka dengan itu, beliau akan membuat laporan polis berhubung hal ini terlebih dahulu sebelum membuat laporan SPRM.
3. Sebaik laporan-laporan ini dibuat nanti, mengikut amalan biasa undang2 , beliau tidak akan dibenarkan untuk membuat kenyataan dan menjelaskan apa apa kenyataan berkenaan sidang akhbar yg telah dibuat nya. Pihak peguam yang menasihati kami berkata ia tidak sub-judice untuk memberi penjelasan. Namun begitu, Syed Saddiq dijangka bakal menggunakan alasan itu untuk tidak menjawab dan menjelaskan kenyataan akhbar nya sebelum ini. . Sebagai pejuabg ..dia perlu bertanggungjawab dengan tindak tanduknya dan usah bersembunyi disebalik prosedur untuk melontar tuduhan dan andaian yang boleh dianggap fitnah sebelum membuat laporan kepada pihak berkuasa.
Oleh itu.. Sebelum dia membuat laporan, dia perlu memberi penjelasan kepada semua pihak, termasuk orang ramai, terutamanya pihak-pihak yang nama mereka disebut.
4. Syed Saddiq berkata dia sudah mula berunding dengan pihak-pihak tertentu yang konon nya mewakili UMNO semenjak bulan Disember dahulu lagi. Beliau memaklum kan ada ditawarkan pelbagai tawaran termasuk biasiswa dan lain-lain.
5. Syed Saddiq turut berkata dia telah diperas ugut (blackmail), tetapi mengapa setelah begitu lama semenjak bulan Disember lepas, baru skrg dia mahu membuat laporan polis? Bukankah dia telah mendedahkan dirinya dan ahli keluarganya kepada risiko keselamatan yang terlalu lama? Mengapa beliau sangat takut untuk membuat laporan polis tetapi sangat berani membuat sidang akhbar secara langsung di FB nya?
6. Jika benar dakwaan Syed Saddiq berkenaan tempat sidang akhbar diadakan dibiayai oleh pihak yang mahu dia membuat serangan tersebut dan menawarkan biasiswa untuk belajar ke Oxford University, mengapa beliau tidak mendedahkan bil bayaran dan nama pembayar untuk diketahui orang ramai? Adakah dia sendiri mahu menyembunyikan identiti pihak tersebut dari diketahui oleh orang ramai?
8. Syed Saddiq ada menyebut nama seorang bernama Habibur Rahman yang dikatakan adalah Penasihat Perdana Menteri dari Pejabat Perdana Menteri sebagai dalang. Sepanjang masa saya berada dalam UMNO, saya tidak pernah dengar dan jauh sekali berurusan dengan seorang bernama demikian. Saya hairan bagaimana Syed Saddiq boleh menyebut nama tersebut sedangkan dia sendiri nyatakan dia tidak pernah bertemu.
9. Syed Saddiq turut mendedahkan ada penulis skrip yang menentukan apa yang perlu dikata untuk sidang akhbar. Skrip tersebut tidak dibawa ketika sidang akhbar untuk dijadikan bukti dan mengapa tidak dedahkan nama orangnya sekali . Selagi persoalan ini tidak dijawab, kenyataan Syed Saddiq boleh dianggap sebagai "oxymoron" atau bercanggah antara satu sama lain.
10. Akhir sekali, saya ingin bertanya Syed Saddiq adakah dia sangat bernilai hingga mahu disogok sebanyak RM5 juta .
Sekian.
Dato Hamidah Osman
Mantan Naib Presiden PPBM